
Kuala Lumpur, 29 Nov 2011 : Hari ini Front BEBAS yang dipengerusikan oleh saudara Muhammad Safwan Anang@Talib dan sekumpulan mahasiswa berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.
Perhimpunan ini disertai juga Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur.
Turut sama hadir dalam perhimpunan bantahan ini adalah Ahmad Syukri Abd Razak (SMM) dan saudara Termizi (Pro M UPM) menyatakan bantahan terhadapa penggubalan terhadap akta tersebut kerana perkara ini telah melanggar hak dan demokrasi mahasiswa dan rakyat dalam menyuarakan pandangan.

Sementara itu , Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menyatakan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.
Tambah beliau ,peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.-pmium
Sumber : berita pmium
No comments:
Post a Comment